SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG

 
Waktu
Profile Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tok Motong terletak kira-kira 7 kilometer dari Bandar Jertih, Besut, Terengganu. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1963 dan terletak dikawasan luar bandar. Ianya merangkumi keluasan tanah seluas 2 hektar meliputi bangunan pentadbiran, kelas, kantin, musalla, makmal komputer dan padang permainan. Mempunyai 14 buah kelas, purata 2 kelas bagi setiap tahun serta merangkumi Prasekolah dan kelas Pemulihan. Sekolah ini mempunyai 348 orang murid berdasarkan data sekolah Mei 2007. Tenaga pengajar di sini terdiri dari 28 orang termasuk guru besar serta penolong kanan yang berkenaan.
Visi Sekolah
"Menuju kearah kesempurnaan dan kesejahteraan insan dalam membentuk generasi berilmu dan bertaqwa sebagai mendokong wawasan negara"
Misi Sekolah
"Memperkembangkan prestasi pencapaian melalui proses pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan generasi generasi berilmu, berketrampilan, berkualiti, kreatif, inovatif, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara."
Sembang-sembang guru

Undian anda
Apa pandangan anda tentang blog ini?
  
Free polls from Pollhost.com
Selamat Bercuti...
Wednesday, May 23, 2007

kami warga sekolah SK Tok Motong mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru dan murid...semasa cuti ini.. bagi para pelajar, manfaatkanlah masa cuti anda dengan mengulangkaji pelajaran serta membuat tugasan yang diberikan oleh guru-guru..kepada murid-murid yang akan menghadapi UPSR nanti..beruasahalah dari sekarang demi mencapai kejayaan yang cemerlang dan mengharumkan nama sekolah.InsyaALLAH..
posted by sk tok motong @ 12:20 AM   0 comments
Sambutan Hari Guru 2007
Sunday, May 20, 2007

Sambutan Hari Guru pada tahun 2007 telah disambut dengan meriah pada 16 Mei yang lalu. Tema Hari Guru bagi tahun ini " Guru Penjana Modal Insan Gemilang ". Aktiviti yang berlangsung dimulai dengan perhimpunan perasmian oleh tuan guru besar sekolah ini En. Hassim Bin Che Su. Selepas perhimpunan, ianya diikuti dengan sukaneka antara guru2 dan murid. Murid dan guru berehat selama sejam dan disambung pula dengan persembahan dari murid2 serta cabutan nombor bertuah untuk guru dan pekerja. Sambutan disudahi dengan pertukaran hadiah antara guru2 serta jamuan tengahari.
posted by sk tok motong @ 8:51 PM   0 comments
About Me

Name: sk tok motong
Home: jertih, Terengganu, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Waktu Solat
Gambar kenangan

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG Template by Isnaini Dot Com