SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG

 
Waktu
Profile Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tok Motong terletak kira-kira 7 kilometer dari Bandar Jertih, Besut, Terengganu. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1963 dan terletak dikawasan luar bandar. Ianya merangkumi keluasan tanah seluas 2 hektar meliputi bangunan pentadbiran, kelas, kantin, musalla, makmal komputer dan padang permainan. Mempunyai 14 buah kelas, purata 2 kelas bagi setiap tahun serta merangkumi Prasekolah dan kelas Pemulihan. Sekolah ini mempunyai 348 orang murid berdasarkan data sekolah Mei 2007. Tenaga pengajar di sini terdiri dari 28 orang termasuk guru besar serta penolong kanan yang berkenaan.
Visi Sekolah
"Menuju kearah kesempurnaan dan kesejahteraan insan dalam membentuk generasi berilmu dan bertaqwa sebagai mendokong wawasan negara"
Misi Sekolah
"Memperkembangkan prestasi pencapaian melalui proses pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan generasi generasi berilmu, berketrampilan, berkualiti, kreatif, inovatif, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara."
Sembang-sembang guru

Undian anda
Apa pandangan anda tentang blog ini?
  
Free polls from Pollhost.com
Peperiksaan UPSR telah menjelma......
Sunday, September 2, 2007
Bermula 3 Ogos 2007 hingga 5 Ogos 2007 maka bermulalah peperiksaan UPSR yang selama ini di tunggu dengan penuh rasa berdebar dan mengharapkan kejayaan yang cemerlang. Seramai 56 orang murid mengambil UPSR di Sekolah Kebangsaan Tok Motong setelah beberapa bulan bertungkus lumus dengan pelbagai kelas dan ujian. Kami Warga Sekolah ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menjawab dengan sempurna dan mendoakan kejayaan semua. Semoga 5A menjadi realiti kita semua. SKTMg terus Maju...
posted by sk tok motong @ 6:05 PM   1 comments
About Me

Name: sk tok motong
Home: jertih, Terengganu, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Waktu Solat
Gambar kenangan

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG Template by Isnaini Dot Com