SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG

 
Waktu
Profile Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tok Motong terletak kira-kira 7 kilometer dari Bandar Jertih, Besut, Terengganu. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1963 dan terletak dikawasan luar bandar. Ianya merangkumi keluasan tanah seluas 2 hektar meliputi bangunan pentadbiran, kelas, kantin, musalla, makmal komputer dan padang permainan. Mempunyai 14 buah kelas, purata 2 kelas bagi setiap tahun serta merangkumi Prasekolah dan kelas Pemulihan. Sekolah ini mempunyai 348 orang murid berdasarkan data sekolah Mei 2007. Tenaga pengajar di sini terdiri dari 28 orang termasuk guru besar serta penolong kanan yang berkenaan.
Visi Sekolah
"Menuju kearah kesempurnaan dan kesejahteraan insan dalam membentuk generasi berilmu dan bertaqwa sebagai mendokong wawasan negara"
Misi Sekolah
"Memperkembangkan prestasi pencapaian melalui proses pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan generasi generasi berilmu, berketrampilan, berkualiti, kreatif, inovatif, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara."
Sembang-sembang guru

Undian anda
Apa pandangan anda tentang blog ini?
  
Free polls from Pollhost.com
PERSARAAN PK HEM SK TOK MOTONG
Thursday, June 28, 2007

Mulai 07 Julai 2007, SK Tok Motong akan kehilangan seorang guru yang komited dan berdedikasi dalam menunaikan amanah mendidik dan membimbing anak bangsa khususnya di SK Tok Motong. Pn Wan Esah Bt Wan Jusoh akan bersara setelah berpuluh tahun menabur budi dan bakti dalam bidang pendidikan.Kami warga Sk Tok Motong ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan Selamat Bersara, semoga bakti dan jasa yang pernah dicurahkan akan mendapat keberkatan dari Allah SWT.InsyaAllah
posted by sk tok motong @ 12:44 AM   1 comments
Ceramah Motivasi Keibubapaan
Friday, June 15, 2007
Jertih, pada tarikh 16 hb Jun 2007 Sekolah Kebangsaan Tok Motong telah mengadakan satu ceramah Motivasi Keibubapaan yang bertempat di Dewan Makmal komputer sekolah, ceramah ini telah dianjurkan oleh JKKK Tok Motong dan Sekolah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas. Ceramah ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia En. Zainuddin bin Salleh. Anggaran seramai 100 orang para hadirin telah hadir, Ceramah ini dihadiri oleh Ibubapa murid-murid tahun 4,5 dan 6 serta murid-murid tahun 6. Sambutan yang begitu menggalakkan oleh para ibubapa serta guru-guru menunjukkan komitmen yang padu telah diberikan dalam menjayakan program tersebut seterusnya memberikan kesan yang besar dalam memastikan anak-anak mereka berjaya dalam UPSR yang bakal tiba.Kami warga sekolah mendoakan semoga usaha yang telah dicurahkan mendapat keberkatan ALLAh SWT.InsyaALLAh.
posted by sk tok motong @ 7:17 PM   0 comments
Ucapan Takziah...
Wednesday, June 13, 2007
Assalamualaikum...Kami warga SK Tok Motong ingin mengucapkan Takziah kepada Adik Norathirah bt Rosmadi Atas kehilangan kedua ibubapa dalam kemalangan yang berlaku pagi semalam di Kg Lak Lok.Semoga mereka dicucuri rahmat ALLAH S.W.T...Al-Fatihah...Semoga Adik Athirah tabah dalam dugaan ini dan redha atas apa yang berlaku...
posted by sk tok motong @ 7:46 PM   0 comments
Kehangatan Sambutan Kemerdekaan Kian Terasa
Sunday, June 10, 2007

Kini telah hampir 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Merdeka dari segi istilah dan luaran. Tapi dari segi mentaliti, masyarakat Malaysia masih dijajah oleh negara luar. Seperti yang dapat kita lihat sekarang, masyarakat kita tak terkecuali yang diumpamakan " Rumah kata pergi, kubur kata mari " masih terjajah dengan mentaliti barat yang mengagungkan kebebasan kononnya. Pejuang kita dahulu berjuang agar anak cucu mereka bebas-sebebasnya dari cengkaman barat. Kalau mereka masih hidup pada waktu kini, semestinya mereka menyesali perjuangan mereka yang umpama sia-sia. Jangan biarkan mereka menyesal dan menangis kekecewaan. Biar mereka menangis bangga dan gembira. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-50
posted by sk tok motong @ 9:47 PM   0 comments
Lawatan Sambil Belajar
Saturday, June 9, 2007

pada tarikh 27 mei hingga 31 mei 2007 sekolah kebangsaan tok motong telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka bandaraya bersejarah dan Kuala Lumpur kota metropolitan. lawatan ini disertai oleh 42 orang murid dan 6 orang guru pengiring.Lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid mengenali dengan lebih dekat tempat-tempat yang menarik contohnya Kota A Famosa di Melaka, Zoo Melaka, serta banyak lagi tempat yang dilawati. Lawatan 5 hari ini sedikit sebanyak memberi input yang besar kepada murid-murid dalam melihat sendiri serta mengenali tempat-tempat yang menarik yang ada dalam negara kita. sesungguhnya Malaysia kaya dengan tempat-tempat yang menarik yang boleh dikunjungi..tunggu apa lagi...ayuh semua.."cuti-cuti Malaysia".
posted by sk tok motong @ 8:45 PM   0 comments
About Me

Name: sk tok motong
Home: jertih, Terengganu, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Waktu Solat
Gambar kenangan

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG Template by Isnaini Dot Com