Sambutan Hari Guru pada tahun 2007 telah disambut dengan meriah pada 16 Mei yang lalu. Tema Hari Guru bagi tahun ini " Guru Penjana Modal Insan Gemilang ". Aktiviti yang berlangsung dimulai dengan perhimpunan perasmian oleh tuan guru besar sekolah ini En. Hassim Bin Che Su. Selepas perhimpunan, ianya diikuti dengan sukaneka antara guru2 dan murid. Murid dan guru berehat selama sejam dan disambung pula dengan persembahan dari murid2 serta cabutan nombor bertuah untuk guru dan pekerja. Sambutan disudahi dengan pertukaran hadiah antara guru2 serta jamuan tengahari. |