SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG

 
Waktu
Profile Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tok Motong terletak kira-kira 7 kilometer dari Bandar Jertih, Besut, Terengganu. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1963 dan terletak dikawasan luar bandar. Ianya merangkumi keluasan tanah seluas 2 hektar meliputi bangunan pentadbiran, kelas, kantin, musalla, makmal komputer dan padang permainan. Mempunyai 14 buah kelas, purata 2 kelas bagi setiap tahun serta merangkumi Prasekolah dan kelas Pemulihan. Sekolah ini mempunyai 348 orang murid berdasarkan data sekolah Mei 2007. Tenaga pengajar di sini terdiri dari 28 orang termasuk guru besar serta penolong kanan yang berkenaan.
Visi Sekolah
"Menuju kearah kesempurnaan dan kesejahteraan insan dalam membentuk generasi berilmu dan bertaqwa sebagai mendokong wawasan negara"
Misi Sekolah
"Memperkembangkan prestasi pencapaian melalui proses pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan generasi generasi berilmu, berketrampilan, berkualiti, kreatif, inovatif, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara."
Sembang-sembang guru

Undian anda
Apa pandangan anda tentang blog ini?
  
Free polls from Pollhost.com
Salam Maulidur Rasul.
Tuesday, March 18, 2008

Tidak lama lagi semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari kebesaran nabi junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang akan menjelang tiba pada 12 rabiul awal setiap tahun..Sempena menyambut bulan yang penuh dengan barakah dan kemuliaan ini, Warga SK Tok Motong ingin mengucapkan salam maulidur rasul kepada seluruh umat islam umumnya dan semua warga pendidik dan anak-anak didik yang dikasihi.semoga penghayatan bagi kelahiran nabi besar kita Muhammad SAW menjadi satu detik sejarah yang membuka lembaran baru bagi membina tamdun umat islam pada masa kini. Kelahiran Rasullah merupakan kelahiran yang agong dan perlu dihayati oleh semua umat islam khususnya yang mana nabi kita telah membawa rahmat keseluruh alam. Kita hendaklah bersyukur kerana baginda telah menyampaikan ajaran Islam yang berkembang sampai hari ini.semoga perjuangan ini terus mekar bagi setiap warga pendidik khususnya menanam sikap yang baik dalam diri murid-murid kita supaya menjadi insan yang intelek,harmoni serta mempunyai keseimbangan selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Selaras itu, kita tidak seharusnya leka tentang arus pemodenan ini seta perlu seiring supaya kita tidak ketinggalan..akhir kata, sekali lagi kami warga sktmg ini mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1429hijrah..Wassalam
posted by sk tok motong @ 8:06 AM   0 comments
Warga SKTMg Mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah
Monday, March 10, 2008
Dikesempatan ini, saya bagi pihak sktmg, ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1429.semoga hijrah tahun ini memberi seribu makna buat pendokong profesion pendidikan.
posted by sk tok motong @ 6:44 AM   0 comments
About Me

Name: sk tok motong
Home: jertih, Terengganu, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Waktu Solat
Gambar kenangan

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG Template by Isnaini Dot Com