SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG

 
Waktu
Profile Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tok Motong terletak kira-kira 7 kilometer dari Bandar Jertih, Besut, Terengganu. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1963 dan terletak dikawasan luar bandar. Ianya merangkumi keluasan tanah seluas 2 hektar meliputi bangunan pentadbiran, kelas, kantin, musalla, makmal komputer dan padang permainan. Mempunyai 14 buah kelas, purata 2 kelas bagi setiap tahun serta merangkumi Prasekolah dan kelas Pemulihan. Sekolah ini mempunyai 348 orang murid berdasarkan data sekolah Mei 2007. Tenaga pengajar di sini terdiri dari 28 orang termasuk guru besar serta penolong kanan yang berkenaan.
Visi Sekolah
"Menuju kearah kesempurnaan dan kesejahteraan insan dalam membentuk generasi berilmu dan bertaqwa sebagai mendokong wawasan negara"
Misi Sekolah
"Memperkembangkan prestasi pencapaian melalui proses pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan generasi generasi berilmu, berketrampilan, berkualiti, kreatif, inovatif, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara."
Sembang-sembang guru

Undian anda
Apa pandangan anda tentang blog ini?
  
Free polls from Pollhost.com
Hari Sukaneka SKTMg 2007
Sunday, July 15, 2007

pada 18 hb Julai 2007, Sk Tok Motong akan mengadakan satu aktiviti tahunan dibawah kelolaan unit ko-kurikulum sekolah iaitu Hari Sukaneka 2007. Ia melibatkan pertandingan antara rumah-rumah sukan iaitu Rumah Merah, Rumah Hijau, Rumah Biru dan Rumah Kuning. antara objektif diadakan adalah untuk memupuk semangat kesukanan bagi setiap murid, memberi peluang murid mununjukkan bakat dalam aktiviti sukan, mengeratkan perhubungan antara murid,guru,kakitangan sekolah dan ibubapa. Dalam sukaneka ini melibatkan semua murid dari pelbagai tahap bermula daripada Pra Sekolah hingga Tahun 6.Ia terbahagi kepada 2 acara; iaitu acara lumba lari dan acara sukaneka seperti Pra sekolah (Bawa bola dengan gelung rotan) Tahun 1 (Gelek gelung rotan) Tahun 2 (lari bawa bola dengan susu) Tahun 3 (Lari kepit bola) Tahun 4 (Lari skipping) Tahun 5 (Bawa pundi kacang dengan kaki) dan Tahun 6 (lari dalam guni). diharapkan semoga hari sukaneka tersebut akan berjalan dengan lancar dan sempurna....
posted by sk tok motong @ 8:14 PM   0 comments
About Me

Name: sk tok motong
Home: jertih, Terengganu, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Waktu Solat
Gambar kenangan

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG Template by Isnaini Dot Com