Sekolah Kebangsaan Tok Motong terletak kira-kira 7 kilometer dari Bandar Jertih, Besut, Terengganu. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1963 dan terletak dikawasan luar bandar. Ianya merangkumi keluasan tanah seluas 2 hektar meliputi bangunan pentadbiran, kelas, kantin, musalla, makmal komputer dan padang permainan. Mempunyai 14 buah kelas, purata 2 kelas bagi setiap tahun serta merangkumi Prasekolah dan kelas Pemulihan. Sekolah ini mempunyai 348 orang murid berdasarkan data sekolah Mei 2007. Tenaga pengajar di sini terdiri dari 28 orang termasuk guru besar serta penolong kanan yang berkenaan.
Visi Sekolah
"Menuju kearah kesempurnaan dan kesejahteraan insan dalam membentuk generasi berilmu dan bertaqwa sebagai mendokong wawasan negara"
Misi Sekolah
"Memperkembangkan prestasi pencapaian melalui proses pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan generasi generasi berilmu, berketrampilan, berkualiti, kreatif, inovatif, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara."
Sembang-sembang guru
Undian anda
Selamat Datang PK Hem
Wednesday, August 1, 2007
Pada taikh 1 julai 2007 Sek. Keb. Tok Motong telah menerima seorang pengganti guru PK Hem baru..Pn. Elani bt Abdullah.Kami warga Sekolah ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Datang buat cikgu.